The moment when, 50 years ago, Neil Armstrong planted his foot on the surface of the Moon inspired awe, pride and wonder around the world. This newspaper argued that “man, from this day on, can go wheresoever in the universe his mind wills and his ingenuity contrives…to the planets, sooner rather than later, man is now certain to go.” But no. The Moon landing was an aberration, a goal achieved not as an end in itself but as a means of signalling America’s extraordinary capabilities. That point, once made, required no remaking. Only 571 people have been into orbit; and since 1972 no one has ventured much farther into space than Des Moines is from Chicago.
The next 50 years will look very different. Falling costs, new technologies, Chinese and Indian ambitions, and a new generation of entrepreneurs promise a bold era of space development. It will almost certainly involve tourism for the rich and better communications networks for all; in the long run it might involve mineral exploitation and even mass transportation. Space will become ever more like an extension of Earth—an arena for firms and private individuals, not just governments. But for this promise to be fulfilled the world needs to create a system of laws to govern the heavens—both in peacetime and, should it come to that, in war.
The development of space thus far has been focused on facilitating activity down below—mainly satellite communications for broadcasting and navigation. Now two things are changing. First, geopolitics is stoking a new push to send humans beyond the shallows of low-Earth orbit. China plans to land people on the Moon by 2035. President Donald Trump’s administration wants Americans to be back there by 2024. Falling costs make this showing off more affordable than before. Apollo cost hundreds of billions of dollars (in today’s money). Now tens of billions are the ticket price.
[ … ]
It is a mistake to promote space as a romanticised Wild West, an anarchic frontier where humanity can throw off its fetters and rediscover its destiny. For space to fulfil its promise governance is required. At a time when the world cannot agree on rules for the terrestrial trade of steel bars and soybeans that may seem like a big ask. But without it the potential of all that lies beyond Earth will at best wait another 50 years to be fulfilled. At worst space could add to Earth’s problems. | Pada masa 50 tahun lalu, Neil Armstrong telah memijakkan kakinya di atas permukaan Bulan yang menjadi inspirasi kekaguman, kebanggaan dan keajaiban di seluruh dunia. Akhbar ini berhujah bahawa "mulai hari ini, manusia boleh pergi ke mana-mana saja di alam semesta yang keazaman fikirannya dan ikhtiar kecerdikannya mahukan... ke planet-planet, lambat-laun pastinya manusia akan sampai." Namun tidak. Pendaratan Bulan merupakan suatu pelencongan, suatu matlamat yang dicapai bukan kerana matlamatnya tetapi cara untuk memberi isyarat tentang keupayaan luar biasa Amerika. Pada ketika itu, sekali telah dibuat, tidak perlu dibuat semula. Hanya 571 orang telah berada di orbit; dan sejak tahun 1972 tiada seorang pun telah menjelajah lebih jauh ke angkasa lepas berbanding Des Moines dari Chicago. Lima puluh tahun berikutnya akan kelihatan sangat berbeza. Kos yang menurun, teknologi-teknologi baharu, cita-cita China dan India, dan generasi baharu usahawan menjanjikan era pembangunan angkasa lepas. Ia hampir pasti melibatkan pelancongan untuk golongan kaya dan rangkaian komunikasi yang lebih baik untuk semua; dalam jangka masa panjang ia mungkin melibatkan eksploitasi mineral dan juga pengangkutan massa. Angkasa lepas akan menjadi lebih kepada lanjutan bagi bumi—gelanggang yang bukan hanya untuk kerajaan-kerajaan tetapi juga untuk firma-firma dan orang biasa. Namun untuk mencapai potensi ini dunia perlu mewujudkan satu sistem undang-undang untuk mentadbir urus dunia di atas kita—baik pada masa damai mahupun, jika perlu, pada masa peperangan. Pembangunan angkasa lepas setakat ini ditumpukan pada pemudahan aktiviti di bawah—terutamanya komunikasi satelit untuk penyiaran dan pemanduan arah. Kini ada dua perkara yang sedang berubah. Pertama, geopolitik membakar semangat baharu untuk menghantar manusia melepasi kecetekan orbit rendah bumi. China merancang untuk mendaratkan manusia di Bulan menjelang tahun 2035. Pentadbiran Presiden Donald Trump mahu rakyat Amerika kembali ke sana menjelang tahun 2024. Kos yang menurun menjadikan perkara ini lebih murah berbanding sebelumnya. Apollo memakan kos ratusan bilion dolar (dalam wang hari ini). Sekarang harga tiket itu adalah puluhan bilion dolar. [ … ] Kita tidak boleh mempromosikan angkasa lepas sebagai satu zaman "Wild West" yang romantik, sempadan anarkis untuk manusia membuang belenggunya dan menemui kembali takdirnya. Tadbir urus diperlukan untuk angkasa lepas memenuhi potensinya. Pada masa dunia tidak dapat bersetuju dengan peraturan untuk perdagangan daratan bagi bar keluli dan kacang soya, perkara ini mungkin kelihatan seperti satu tuntutan yang besar. Tetapi tanpa perkara ini, semua potensi yang terletak di luar Bumi perlu menunggu paling cepat 50 tahun lagi untuk dipenuhi. Perkara paling teruk boleh berlaku ialah angkasa lepas menambah masalah kepada Bumi. |