Imagine dining in a European capital where you do not know the local language. The waiter speaks little English, but by hook or by crook you manage to order something on the menu that you recognise, eat and pay for. Now picture instead that, after a hike goes wrong, you emerge, starving, in an Amazonian village. The people there have no idea what to make of you. You mime chewing sounds, which they mistake for your primitive tongue. When you raise your hands to signify surrender, they think you are launching an attack.
Communicating without a shared context is hard. For example, radioactive sites must be left undisturbed for tens of thousands of years; yet, given that the English of just 1,000 years ago is now unintelligible to most of its modern speakers, agencies have struggled to create warnings to accompany nuclear waste. Committees responsible for doing so have come up with everything from towering concrete spikes, to Edvard Munch’s “The Scream”, to plants genetically modified to turn an alarming blue. None is guaranteed to be future-proof.
Some of the same people who worked on these waste-site messages have also been part of an even bigger challenge: communicating with extraterrestrial life. This is the subject of “Extraterrestrial Languages”, a new book by Daniel Oberhaus, a journalist at Wired.
Nothing is known about how extraterrestrials might take in information. A pair of plaques sent in the early 1970s with Pioneer 10 and 11, two spacecraft, show nude human beings and a rough map to find Earth—rudimentary stuff, but even that assumes aliens can see. Since such craft have no more than an infinitesimal chance of being found, radio broadcasts from Earth, travelling at the speed of light, are more likely to make contact. But just as a terrestrial radio must be tuned to the right frequency, so must the interstellar kind. How would aliens happen upon the correct one? The Pioneer plaque gives a hint in the form of a basic diagram of a hydrogen atom, the magnetic polarity of which flips at regular intervals, with a frequency of 1,420MHz. Since hydrogen is the most abundant element in the universe, the hope is that this sketch might act as a sort of telephone number. | Bayangkan anda ingin menikmati hidangan di sebuah bandaraya di Eropah tanpa mengetahui bahasa tempatan mereka. Pelayan restoran pula hanya mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris yang mudah, tetapi, anda akhirnya berjaya juga untuk memesan satu hidangan yang anda mahu, makan dan membayarnya. Cuba pula bayangkan suatu perkara yang lain, jikalau anda tersesat dalam satu ekspedisi mendaki, berasa lapar, di sebuah perkampungan Amazon. Penduduk di sana langsung tidak tahu apa yang boleh dilakukan kepada anda. Anda cuba memimik perbuatan mengunyah, di mana mereka tersalah anggap sebagai bahasa primitif anda. Apabila anda cuba mengangkat tangan untuk menyerah kalah, mereka beranggapan anda ingin menyerang mereka. Berkomunikasi tanpa keserasian konteks amatlah sukar. Sebagai contoh, tapak radioaktif perlulah dibiarkan tanpa gangguan selama sepuluh ribu tahun; tetapi pada masa kini, agensi-agensi menemui masalah untuk memberikan amaran kerana Bahasa Inggeris yang baru berusia 1,000 tahun lepas juga telah gagal difahami oleh kebanyakan penutur bahasa moden. Jawatankuasa yang bertanggungjawab telah bertungkus-lumus untuk menghasilkan pelbagai rekaan daripada binaan konkrit yang menjangkau langit, kepada karya "The Scream" oleh Edvard Munch, kepada tumbuhan yang diubahsuai secara genetik untuk memberi amaran dengan berubah kepada warna biru jika ada pencemeran. Tiada yang dijamin dapat bertahan lama. Sebilangan daripada ahli yang pernah bekerja untuk menghasilkan mesej di pusat pelupusan juga terkait dengan cabaran yang lebih besar: berkomunikasi dengan makhluk asing. Ini adalah tajuk buku baru oleh Daniel Oberhaus "Bahasa Makhluk Asing", seorang penulis di majalah Wired. Tiada yang diketahui tentang bagaimanakah makhluk asing mentafsirkan informasi yang mereka terima. Sepasang plak telah dihantar pada awal 1970 oleh Pinoeer 10 dan 11, dua kapal angkasa, menunjukkan manusia yang tidak berpakaian dan peta kasar untuk mencari planet bumi- sekadar barangan asas, dengan anggapan bahawa makhluk asing boleh melihat. Oleh kerana kebarangkalian untuk kapal ini ditemui adalah hampir mustahil, siaran radio daripada Bumi, yang bergerak dalam kelajuan cahaya, adalah lebih mudah untuk ditemui. Selain itu, frekuensi radio di bumi dan angkasa lepas hendaklah selari. Bagaimana untuk memastikan makhluk asing juga mempunyai frekuensi yang tepat? Plak di dalam kapal Pioneer memberikan sedikit gambaran dalam bentuk diagram ringkas iaitu atom hidrogen, kekutuban magnet yang berputar dalam sela masa yang tetap, di frekuensi 1,420MHz. Oleh kerana hidrogen adalah elemen yang berlimpahan di alam semesta, ianya adalah harapan agar gambaran ini boleh bertindak sebagai suatu nombor telefon. |