Competition in this pair is now closed. Discussion and feedback about the competition in this language pair may now be provided by visiting the "Discussion & feedback" page for this pair. Entries may also be individually discussed by clicking the "Discuss" link next to any listed entry. Source text in English Imagine dining in a European capital where you do not know the local language. The waiter speaks little English, but by hook or by crook you manage to order something on the menu that you recognise, eat and pay for. Now picture instead that, after a hike goes wrong, you emerge, starving, in an Amazonian village. The people there have no idea what to make of you. You mime chewing sounds, which they mistake for your primitive tongue. When you raise your hands to signify surrender, they think you are launching an attack.
Communicating without a shared context is hard. For example, radioactive sites must be left undisturbed for tens of thousands of years; yet, given that the English of just 1,000 years ago is now unintelligible to most of its modern speakers, agencies have struggled to create warnings to accompany nuclear waste. Committees responsible for doing so have come up with everything from towering concrete spikes, to Edvard Munch’s “The Scream”, to plants genetically modified to turn an alarming blue. None is guaranteed to be future-proof.
Some of the same people who worked on these waste-site messages have also been part of an even bigger challenge: communicating with extraterrestrial life. This is the subject of “Extraterrestrial Languages”, a new book by Daniel Oberhaus, a journalist at Wired.
Nothing is known about how extraterrestrials might take in information. A pair of plaques sent in the early 1970s with Pioneer 10 and 11, two spacecraft, show nude human beings and a rough map to find Earth—rudimentary stuff, but even that assumes aliens can see. Since such craft have no more than an infinitesimal chance of being found, radio broadcasts from Earth, travelling at the speed of light, are more likely to make contact. But just as a terrestrial radio must be tuned to the right frequency, so must the interstellar kind. How would aliens happen upon the correct one? The Pioneer plaque gives a hint in the form of a basic diagram of a hydrogen atom, the magnetic polarity of which flips at regular intervals, with a frequency of 1,420MHz. Since hydrogen is the most abundant element in the universe, the hope is that this sketch might act as a sort of telephone number. | Winning entries could not be determined in this language pair.There were 11 entries submitted in this pair during the submission phase. Not enough votes were submitted by peers for a winning entry to be determined.
Competition in this pair is now closed. | Bayangkan situasi menjamu selera di kota Eropah, yang mana bahasa tempatannya anda tidak ketahui. Pelayannya tidak fasih berbahasa Inggeris, tapi entah bagaimana anda berjaya memesan sesuatu yang anda kenal pada menu, makan dan membayar untuknya. Sekarang bayangkan pula anda tersesat semasa berkembara, dan tiba di sebuah perkampungan Amazon dalam keadaan kelaparan. Anda membuat isyarat mengunyah, tetapi mereka sangkakan itu bahasa primitif anda. Anda mengangkat tangan tanda menyerah, mereka sangkakan anda ingin menyerang. Berkomunikasi tanpa keseragaman konteks memang sukar. Contohnya, tapak radioaktif perlu dibiarkan tanpa diusik selama puluhan ribu tahun. Tetapi, memandangkan bahasa Inggeris yang wujud sejak hanya 1000 tahun lalu kini tidak lagi difahami oleh kebanyakan penutur moden, agensi-agensi menghadapi kesukaran mencipta amaran kepada sisa nuklear. Badan-badan yang bertanggungjawab terhadap perkara ini telah memikirkan pelbagai idea, termasuk ceracak konkrit yang tinggi, "The Scream" karya Edvard Munch, dan juga tumbuhan yang diolah secara genetik untuk bertukar menjadi warna biru. Tiada yang dapat menjamin keberkesanannya menghadapi masa hadapan. Segelintir daripada mereka yang mengusahakan mesej tapak sisa nuklear ini juga terlibat dalam satu cabaran yang lebih besar: berkomunikasi dengan makhluk asing. Inilah yang dibincangkan dalam "Extraterrestrial Languages", sebuah buku baru karya Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tiada siapa tahu bagaimana makhluk asing menghadam maklumat. Sepasang plak telah dihantar pada awal tahun 1970-an bersama-sama dua kapal angkasa, Pioneer 10 dan 11, yang menunjukkan manusia berbogel dan satu peta kasar untuk mencari Bumi. Semuanya cuma maklumat asas, tapi itu juga sekadar mengandaikan bahawa makhluk asing boleh melihat. Memandangkan kapal angkasa sedemikian hanya mempunyai peluang yang amat kecil untuk ditemui, siaran radio dari Bumi yang bergerak pada kelajuan cahaya lebih berpotensi untuk membuat hubungan. Tetapi sebagaimana radio di bumi perlu dipasang pada frekuensi yang betul, begitu juga dengan di angkasa lepas. Bagaimana makhluk asing boleh menemui frekuensi yang betul? Plak Pioneer memberikan gambaran dalam bentuk diagram asas atom hidrogen, kekutuban magnetik yang membalik-balik secara berkala, dengan frekuensi 1,420MHz. Memandangkan hidrogen merupakan unsur yang paling banyak dalam alam ini, ia diharapkan bahawa lakaran ini boleh bertindak seumpama nombor telefon. | Entry #30809 — Discuss 0 — Variant: Malaysianmalamay
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.00 | 2.00 (4 ratings) | 2.00 (4 ratings) |
- 1 user entered 1 "like" tag
keberkesanannya | Good term selection | mardia No agrees/disagrees | |
- 3 users entered 4 "dislike" tags
keseragaman | Mistranslations keseragaman is not a translation of shared | Yasir Zainuddin No agrees/disagrees | |
wujud sejak | Mistranslations '..yang hanya 1000 tahun lalu..' is suffice | Dhiyaulhaq Amin No agrees/disagrees | |
kekutuban magnetik | Mistranslations This 'kekutuban magnetik' should refer to the atom's magnetic polarity or else the sentence is hanging | Dhiyaulhaq Amin No agrees/disagrees | |
ia diharapkan bahawa | | mardia No agrees/disagrees | |
| Bayangkan anda ingin menikmati hidangan di sebuah bandaraya di Eropah tanpa mengetahui bahasa tempatan mereka. Pelayan restoran pula hanya mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris yang mudah, tetapi, anda akhirnya berjaya juga untuk memesan satu hidangan yang anda mahu, makan dan membayarnya. Cuba pula bayangkan suatu perkara yang lain, jikalau anda tersesat dalam satu ekspedisi mendaki, berasa lapar, di sebuah perkampungan Amazon. Penduduk di sana langsung tidak tahu apa yang boleh dilakukan kepada anda. Anda cuba memimik perbuatan mengunyah, di mana mereka tersalah anggap sebagai bahasa primitif anda. Apabila anda cuba mengangkat tangan untuk menyerah kalah, mereka beranggapan anda ingin menyerang mereka. Berkomunikasi tanpa keserasian konteks amatlah sukar. Sebagai contoh, tapak radioaktif perlulah dibiarkan tanpa gangguan selama sepuluh ribu tahun; tetapi pada masa kini, agensi-agensi menemui masalah untuk memberikan amaran kerana Bahasa Inggeris yang baru berusia 1,000 tahun lepas juga telah gagal difahami oleh kebanyakan penutur bahasa moden. Jawatankuasa yang bertanggungjawab telah bertungkus-lumus untuk menghasilkan pelbagai rekaan daripada binaan konkrit yang menjangkau langit, kepada karya "The Scream" oleh Edvard Munch, kepada tumbuhan yang diubahsuai secara genetik untuk memberi amaran dengan berubah kepada warna biru jika ada pencemeran. Tiada yang dijamin dapat bertahan lama. Sebilangan daripada ahli yang pernah bekerja untuk menghasilkan mesej di pusat pelupusan juga terkait dengan cabaran yang lebih besar: berkomunikasi dengan makhluk asing. Ini adalah tajuk buku baru oleh Daniel Oberhaus "Bahasa Makhluk Asing", seorang penulis di majalah Wired. Tiada yang diketahui tentang bagaimanakah makhluk asing mentafsirkan informasi yang mereka terima. Sepasang plak telah dihantar pada awal 1970 oleh Pinoeer 10 dan 11, dua kapal angkasa, menunjukkan manusia yang tidak berpakaian dan peta kasar untuk mencari planet bumi- sekadar barangan asas, dengan anggapan bahawa makhluk asing boleh melihat. Oleh kerana kebarangkalian untuk kapal ini ditemui adalah hampir mustahil, siaran radio daripada Bumi, yang bergerak dalam kelajuan cahaya, adalah lebih mudah untuk ditemui. Selain itu, frekuensi radio di bumi dan angkasa lepas hendaklah selari. Bagaimana untuk memastikan makhluk asing juga mempunyai frekuensi yang tepat? Plak di dalam kapal Pioneer memberikan sedikit gambaran dalam bentuk diagram ringkas iaitu atom hidrogen, kekutuban magnet yang berputar dalam sela masa yang tetap, di frekuensi 1,420MHz. Oleh kerana hidrogen adalah elemen yang berlimpahan di alam semesta, ianya adalah harapan agar gambaran ini boleh bertindak sebagai suatu nombor telefon. | Entry #30946 — Discuss 0 — Variant: Malaysianmalamay
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.00 | 2.33 (3 ratings) | 1.67 (3 ratings) |
- 1 user entered 3 "dislike" tags
keserasian konteks | Mistranslations | mardia No agrees/disagrees | |
diubahsuai | Spelling diubah suai | mardia No agrees/disagrees | |
pencemeran | Spelling pencemaran | mardia No agrees/disagrees | |
| Bayangkan anda sedang menjamu selera di sebuah ibu kota benua Eropah di mana anda tidak tahu bahasa tempatannya. Pelayan anda mampu bertutur sedikit bahasa Inggeris, namun dengan apa cara sekalipun anda berjaya untuk memesan sesuatu pada menu yang anda cam, makan dan bayar. Sekarang gambarkan pula bahawa, setelah satu pendakian tersalah langkah, anda tiba, kebuluran, di satu kampung di Amazon. Penduduk di situ langsung tidak tahu apa-apa tentang anda. Apabila anda membuat suara mengunyah, mereka sangkakan itu bahasa primitif anda. Apabila anda mengangkat kedua-dua belah tangan untuk menandakan anda menyerah kalah, mereka sangkakan anda ingin memulakan serangan. Berkomunikasi tanpa konteks yang dikongsi bersama adalah sukar. Sebagai contoh, kawasan radioaktif mestilah dibiarkan tanpa diganggu selama berpuluh-puluh ribu tahun; namun, mengambil kira bahawa Bahasa Inggeris pada 1,000 tahun lalu kini tidak boleh difahami oleh kebanyakan penutur moden, agensi-agensi telah mati akal untuk membuat papan tanda amaran mengiringi sisa nuklear. Jawatankuasa-jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk berbuat begitu telah tampil dengan pelbagai cara daripada pancang-pancang konkrit yang tinggi, hingga lukisan "The Scream" karya Edvard Munch, dan juga tumbuhan yang diubah suai genetiknya untuk berubah ke warna biru yang mencemaskan. Tiada yang dijamin kental untuk masa hadapan. Sesetengah daripada mereka yang bekerja membuat papan tanda kawasan sisa nuklear juga telah terlibat dengan cabaran yang lebih besar: berkomunikasi dengan makhluk asing. Ini adalah subjek dalam "Extraterrestrial Languages", satu buku baharu oleh Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tiada apa yang diketahui tentang bagaimana makhluk asing menerima maklumat. Sepasang plak yang dihantar pada awal tahun 1970-an bersama dua kapal angkasa lepas, Pioneer 10 dan 11, menunjukkan gambar manusia-manusia yang berada dalam keadaan bogel dan peta ringkas untuk mencari Bumi - perkara asas, namun itupun mengandaikan bahawa makhluk asing boleh melihat. Memandangkan kapal sebegitu mempunyai kebarangkalian yang amat kecil untuk ditemui, siaran-siaran radio dari Bumi, yang bergerak pada kelajuan cahaya, lebih mudah untuk membuat hubungan. Tetapi sebagaimana radio bumi mesti dilaraskan pada frekuensi yang betul, begitu juga untuk radio angkasa lepas. Bagaimana untuk makhluk asing bertembung dengan siaran yang betul? Plak di Pioneer memberi bayangan dalam bentuk rajah asas atom hidrogen, yang mana kekutuban magnetiknya berbalik mengikut selang masa yang tetap, dengan frekuensi 1,420MHz. Memandangkan hidrogen adalah unsur yang paling banyak dalam alam semesta, harapannya adalah lakaran ini berperanan sebagai sejenis nombor telefon. | Entry #31121 — Discuss 0 — Variant: Malaysianmalamay
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.00 | 2.00 (2 ratings) | 2.00 (2 ratings) |
- 1 user entered 2 "dislike" tags
- 1 user agreed with "dislikes" (1 total agree)
- 1 user disagreed with "dislikes" (1 total disagree)
-1 1 dengan apa cara sekalipun | Other This phrase is more suitable for events that has not happened yet. 'Entah bagaimana' is one alternative | mardia | |
+1 1 ke | Grammar errors 'ke' is only used for place and time | mardia | |
| Bayangkan anda menjamu selera di sebuah ibu negara Eropah dan tidak faham bahasa tempatannya. Pelayan di sana tidak fasih berbahasa Inggeris. Selepas pelbagai usaha, akhirnya anda berjaya memesan sesuatu yang anda kenal dari menu, kemudian makan dan bayar. Sekarang bayangkan pula, anda tersesat dalam pengembaraan dan muncul kelaparan di sebuah desa di Amazon. Penduduknya tidak faham gerak isyarat anda. Anda membuat bunyi mengunyah, tetapi disalah faham sebagai bahasa primitif anda. Apabila anda mengangkat tangan untuk menyerah diri, mereka menganggap anda mahu membuat serangan. Berkomunikasi tanpa konteks yang sama adalah sukar. Contohnya, kawasan radioaktif mesti diawasi berpuluh-puluh ribu tahun. Namun, disebabkan bahasa Inggeris yang digunakan 1,000 tahun lalu tidak difahami oleh kebanyakan penutur zaman moden, pihak agensi mengalami kesukaran dalam memberi amaran tentang sisa nuklear. Pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah, termasuk pembinaan pagar konkrit tinggi, penggunaan lukisan "The Scream" (Jeritan) daripada Edvard Munch, bahkan tanaman transgenik biru yang menakutkan. Keberkesanannya tidak terjamin selama-lamanya. Sesetengah penyampai mesej kawasan sisa radioaktif turut menghadapi cabaran yang lebih besar, iaitu berkomunikasi dengan makhluk di luar Bumi. Cabaran ini merupakan tema buku baharu "Extraterrestrial Languages" (Bahasa di Luar Bumi) oleh Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tiada sesiapa tahu cara makhluk luar angkasa memperoleh maklumat. Pada awal tahun 1970-an, kapal angkasa Pioneer 10 dan 11 telah melancarkan dua plak yang masing-masing menunjukkan manusia telanjang dan peta kasar untuk mencari kehidupan asas Bumi, malah dianggap dapat dilihat oleh makhluk asing. Oleh kerana peluang kapal ditemui tipis, siaran radio dari Bumi yang bergerak dengan kelajuan cahaya lebih cenderung digunakan untuk berhubung. Tetapi, seperti radio di Bumi, radio di luar angkasa mesti diselaraskan dengan frekuensi yang betul. Bagaimana makhluk asing mengetahui frekuensi yang betul? Plak Pioneer memberi petunjuk dalam bentuk gambar asas atom hidrogen, iaitu kekutuban magnetik yang berpusing pada selang waktu berkala dengan frekuensi 1,420MHz. Memandangkan hidrogen ialah unsur terbanyak di alam semesta, lakaran ini diharap dapat berfungsi sebagai talian perhubungan. | Entry #30913 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 1.84 | 1.67 (3 ratings) | 2.00 (3 ratings) |
- 1 user entered 1 "like" tag
Keberkesanannya | Good term selection | mardia No agrees/disagrees | |
- 2 users entered 3 "dislike" tags
pengembaraan | Spelling pengembaraan is not a good translation for "hike" | Yasir Zainuddin No agrees/disagrees | |
Oleh kerana | Grammar errors oleh sebab | mardia No agrees/disagrees | |
talian perhubungan | Mistranslations talian perhubungan is not a good translation for "as a sort of phone number" | Yasir Zainuddin No agrees/disagrees | |
| Bayangkan anda sedang makan di ibu negara Eropah di mana anda tidak tahu berbahasa tempatan. Pelayan tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi anda berjaya memesan sesuatu daripada menu yang anda kenali, pernah makan dan bayar. Sekarang bayangkan sebaliknya, selepas pendakian gunung anda tidak berjalan lancar, anda tiba, kelaparan, di sebuah perkampungan orang Amazon. Penduduk di sana tidak tahu apakah anda. Anda meniru bunyi makan, di mana mereka salah faham dan fikir itu ialah bahasa pertuturan anda. Apabila anda mengangkat tangan untuk menyerah diri, mereka fikir anda sedang melancarkan serangan. Berkomunikasi tanpa konteks yang boleh dikongsi adalah sukar. Sebagai contoh, tapak radioaktif mesti dijauhi selama puluhan ribu tahun; namun, memandangkan bahasa Inggeris yang baru berusia 1,000 tahun lalu kini tidak dapat difahami oleh kebanyakan penutur modennya, agensi-agensi bertungkus lumus mencipta amaran untuk menampung sisa nuklear. Jawatankuasa yang bertanggungjawab yang melakukannya telah semuanya bermula daripada pancang konkrit yang menjulang tinggi, hingga “The Scream” Edvard Munch, hingga tanaman yang diubah secara genetik untuk menjadi biru yang mencemaskan. Tiada yang dijamin kalis masa hadapan. Beberapa orang yang sama yang telah bekerja di tapak pelupusan mesej ini juga telah menjadi sebahagian daripada cabaran yang lebih besar: berkomunikasi dengan makhluk asing. Ini ialah subjek “Bahasa Makhluk Asing”, sebuah buku baharu oleh Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tiada yang diketahui mengenai bagaimana makhluk asing menerima maklumat. Sepasang plak telah dihantar pada awal tahun 1970-an dengan dua kapal angkasa iaitu Pioneer 10 dan 11, yang menunjukkan manusia dalam keadaan bogel dan peta kasar untuk mencari Bumi, bahan asas, tetapi dengan anggapan makhluk asing dapat melihat. Memandangkan kraf seperti itu hanya mempunyai peluang yang sangat kecil untuk ditemui, siaran radio dari Bumi, yang bergerak dengan kelajuan cahaya, lebih cenderung untuk berhubung. Tetapi seperti mana radio di Bumi mesti ditala ke frekuensi yang betul, begitu juga dengan radio luar angkasa. Bagaimana jika makhluk asing mendapat frekuensi yang betul? Plak Pioneer memberikan petunjuk dalam bentuk gambar rajah asas atom hidrogen, kekutuban magnet yang mana membalik pada selang waktu yang sekata, dengan frekuensi 1,420MHz. Memandangkan hidrogen ialah unsur yang paling banyak di dalam semesta, harapannya ialah lakaran ini dapat berfungsi sebagai nombor telefon. | Entry #31079 — Discuss 0 — Variant: Malaysianmalamay
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 1.75 | 2.00 (2 ratings) | 1.50 (2 ratings) |
- 1 user entered 4 "dislike" tags
untuk menampung | Mistranslations | mardia No agrees/disagrees | |
telah semuanya bermula daripada | Mistranslations | mardia No agrees/disagrees | |
di tapak pelupusan mesej ini | Mistranslations | mardia No agrees/disagrees | |
di dalam semesta | Other di alam semesta? | mardia No agrees/disagrees | |
| Bayangkan anda makan di sebuah bandar Eropah, di mana anda tidak tahu berbahasa tempatan. Pelayan hanya tahu berbahasa Inggeris dengan sedikit tetapi walaupun begitu anda berjaya memesan, makan dan bayar sesuatu yang anda kenal dari menu. Sekarang bayangkan pula selepas anda tersalah mendaki, anda muncul dan sedang kelaparan di sebuah perkampungan Amazon. Penduduk di situ tidak tahu hendak buat apa dengan anda. Anda mengajuk bunyi mengunyah yang mereka sangkakan bahasa ibunda anda. Apabila anda angkat tangan tanda menyerah, mereka sangkakan anda mahu menyerang. Berkomunikasi tanpa berkongsi konteks yang sama adalah sesuatu yang susah. Sebagai contoh, kawasan radioaktif mestilah dibiarkan tanpa diganggu selama berpuluh ribu tahun; akan tetapi memandangkan bahasa Inggeris 1000 tahun yang lalu sudah tidak boleh difahami oleh kebanyakan penutur moden, agensi-agensi perlu berusaha keras untuk membuat amaran berkenaan sisa nuklear. Jawatankuasa yang bertanggungjawab sudah mencuba bermacam cara, dari menjulang dengan pacak konkrit, sehingga ke "The Scream" oleh Edvard Munch, sehingga ke tumbuhan yang diubah secara genetik kepada warna biru yang membimbangkan. Tetapi tiada satupun yang boleh dijamin kalis masa hadapan. Ada beberapa orang yang sama yang membuat mesej berkenaan tapak sisa ini berdepan dengan masalah yang lebih besar iaitu berkomunikasi dengan makhluk asing. Ini adalah subjek kepada "Extraterrestrial Languages", sebuah buku baharu oleh Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tidak dapay diketahui bagaimana makhluk asing mendapatkan informasi. Sepasang plak telah dihantat pada awal 1970-an dengan menggunakan dua kapal angkasa, Pioneer 10 dan 11, yang menunjukkan manusia dalam keadaan bogel, sehelai peta kasar untuk mencari Bumi- perkara asas, tetapi itupun seandainya makhluk asing boleh melihat. Memandangkan kapal tersebut mempunyai peluang yang sangat kecil untuk dijumpai, siaran radio dari Bumi yang bergerak dengan kelajuan cahaya lebih berpeluang untuk berhubung. Akan tetapi sebagaimana radio di daratan perlu ditala ke frekuensi yang betul, begitu juga dengan makhluk di angkasa. Bagaimana makhluk asing boleh terjumpa frekuensi yang betul? Plak Pioneer memberikan petunjuk dalam bentuk gambar rajah atom hidrogen, kekutuban magnet yang berbalik-balik dalam selang yang tetap pada frekuensi 1,420MHz. Memandangkan hidrogen merupakan elemen yang banyak terkandung di alam semesta ini, diharapkan lakaran ini mungkin bertindak semacam nombor telefon. | Entry #30859 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 1.67 | 1.67 (3 ratings) | 1.67 (3 ratings) |
- 1 user entered 3 "dislike" tags
tidak tahu hendak buat apa dengan anda | Other This is a colloquial expression which is not suitable for a formal article | mardia No agrees/disagrees | |
dapay | Spelling dapat | mardia No agrees/disagrees | |
dihantat | Spelling dihantar | mardia No agrees/disagrees | |
| Bayangkan, makan di ibu kota Eropah di mana anda tidak tahu bahasa tempatan. Pelayan itu hanya cakap sedikit bahasa Inggeris, tetapi dengan apa cara sekalipun and berjaya memesan sesuatu di menu yang anda kenali, makan dan bayar. Sekarang gambarkan bahawa setelah pendakian yang bertukar menjadi buruk dan anda terjaga, kelaparan di sebuah perkampungan Amazon. Orang-orang disana tidak tahu apa yang akan anda lakukan. Anda mengeluarkan suara mengunyah, yang mereka anggap bahasa primitif anda. Ketika anda mengangkat tangan untuk menyerah, mereka menganggap anda ingin melancarkan serangan. Berkomunikasi tanpa bahasa yang sama adalah sukar. Contohnya, laman radioaktif mesti dibiarkan tidak terganggu selama puluhan ribu tahun, namun memandangkan bahasa Inggeris yang berusia 1,000 tahun yang lalu, tidak dapat difahami oleh kebanyakan penutur modenya, agensi telah berjuang untuk membuat peringatan untuk menemani sisa nuklear. Jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk membuatnya telah membuat segalanya dari lonjakan konkrit yang menjulang, hingga "The Scream" Edvard Munch's, untuk menanam modifikasi genetik untuk mengubah warna biru yang membimbangkan. Tidak ada yang dijamin menjadi pada masa hadapan. Beberapa orang yang sama yang bekerja di tempat pelupusan ini juga menjadi sebahagian dari cabaran yang lebih besar untuk berkomunikasi dengan kehidupan di luar bumi ini adalah subjek "Extraterrestrial Languages", sebuah buku karya Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tidak ada yang diketahui mengenai bagaimaa makhluk luar angkasa mengambil maklumat. Sepasang plak yang dikirim pada awal tahun 1970-an, dengan Pioneer 10 dan 11 dua kapal angkasa, menunjukan manusia tidak berpakaian dan peta kasar untuk mencari barang-barang asas Bumi, tetapi walaupun mengandaikan makhluk Asing dapat melihat. Oleh kerana kerajinan seperti itu tidak lebih dari sekadar perubahan yang tidak dapat dijumpai, siaran radio dari Bumi, yang bergerak dengan kelajuan cahaya, lebih cenderung untuk bersentuhan . Tetapi seperti radio biasa mesti mencari frekuensi yang tepat, begitu juga antara bintang. Bagaimana, jika makhluk asing menjumpai yang betul? Plak Perintis memberikan petunjuk dalam bentuk gambarajah asas atom hidrogen, polaritas magnet yang membalikkan pada selang waktu berkala, dengan frekuensi 1,420MHz. Oleh kerana hidrogen adalah unsur yang paling banyak di alam semesta, harapannya ialah lakaran ini dapat berfungsi sebagai sejenis nombor telefon. | Entry #30982 — Discuss 0 — Variant: Malaysianmalamay
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 1.67 | 1.67 (3 ratings) | 1.67 (3 ratings) |
- 1 user entered 1 "like" tag
- 1 user disagreed with "likes" (1 total disagree)
-1 1 manusia tidak berpakaian | Good term selection Much better than 'bogel' or 'telanjang' | mardia | |
- 1 user entered 9 "dislike" tags
disana | | mardia No agrees/disagrees | |
modenya | Spelling modennya | mardia No agrees/disagrees | |
's | Other We don't have this in Malay | mardia No agrees/disagrees | |
untuk menanam modifikasi genetik untuk mengubah warna biru yang membimbangkan | Mistranslations | mardia No agrees/disagrees | |
bagaimaa | Spelling It should be 'bagaimana' | mardia No agrees/disagrees | |
menunjukan | Spelling menunjukkan | mardia No agrees/disagrees | |
tetapi walaupun mengandaikan makhluk Asing dapat melihat | Mistranslations | mardia No agrees/disagrees | |
Oleh kerana | Grammar errors oleh sebab | mardia No agrees/disagrees | |
gambarajah | Spelling gambar rajah | mardia No agrees/disagrees | |
| Bayangkan anda sedang makan di sebuah negara Eropah dan tidak faham bahasa tempatan mereka. Pelayan itu boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan anda berjaya memesan makanan di atas menu, makan dan membuat bayaran. Tetapi, gambarkan sebaliknya, anda tiba-tiba kelaparan di sebuah perkampungan Amazon. Orang-orang di sana tidak tahu apa-apa yang anda buat, walaupun anda membuat bunyi mengunyah makanan, di mana mereka berfikir bunyi itu adalah bahasa anda sendiri. Apabila anda mengangkat tangan tanda menyerah, mereka berfikir yang anda hendak menyerang pula. Berkomunikasi tanpa kontek adalah rumit. Sebagai contoh, tapak-tapak radioaktif tidak boleh diganggu berpuluh ribu tahun lamanya ; sebaliknya bahasa Inggeris yang hanya 1000 tahun yang lalu lamanya, kini tidak dapat difahami oleh para penceramah moden, agensi-agensi telah berjuang untuk memberi amaran sisa nuklear. Jawatankuasa-jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk berbuat demikian, telah membuat segalanya mulai dari lonjakan konkrit yang tinggi dari cerita Edward Munch , "The Scream" sehinggalah kepada tanaman yang diubah secara genetik menjadi biru dan membimbangkan. Tidak ada apa-apa yang dijamin menjadi bukti masa depan. Beberapa orang yang sama yang menggunakan mesej lama yang tidak berguna juga menjadi sebahagian daripada cabaran yang lebih besar, berkomunikasi dengan bahasa makhluk asing, sebuah karya baru Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tidak ada yang diketahui mengenai bagaimana makhluk asing boleh mengambil maklumat. Sepasang plak yang dihantar pada awal tahun 1970-an dengan perintis 10 dan 11, dua kapal angkasa, menunjukkan manusia bogel dan peta kasar untuk mencari barang-barang asas bumi walaupun makhluk asing itu dapat melihat. Ianya kerana kapal itu tidak lebih dari sekadar suatu peluang yang ditemui, siaran radio dari bumi, bergerak dengan kelajuan cahaya, lebih cenderung untuk bersentuhan, tetapi, seperti radio, mesti disesuaikan ke frekuensi yang tepat, begitu juga antara bintang. Bagaimana makhluk asing boleh menyesuaikan diri dengan perkara tersebut ? Plak pelopor memberikan petunjuk dalam bentuk ganbarajah asas atom hidrogen, kekutuban magnet yang membalik pada selang masa berkala dengan frekuensi 1420Mhz. Oleh kerana hidrogen adalah unsur kabus yang banyak di alam semesta, harapannya ialah lakaran ini dapat berfungsi sebagai sejenis nombor telefon. | Entry #31130 — Discuss 0 — Variant: Malaysianmalamay
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 1.50 | 1.67 (3 ratings) | 1.33 (3 ratings) |
- 1 user entered 4 "dislike" tags
di mana | | mardia No agrees/disagrees | |
kontek | Spelling | mardia No agrees/disagrees | |
Munch , | Syntax There should not be a space before a comma | mardia No agrees/disagrees | |
Tidak ada apa-apa yang dijamin menjadi bukti masa depan. | Mistranslations | mardia No agrees/disagrees | |
| Bayangkan anda sedang menjamu selera di sebuah ibu kota Eropah yang anda tidak tahu bertutur bahasa tempat itu. Pelayan lelakinya boleh berbahasa Inggeris sedikit, namun dengan semampu kemampuan, anda dapat memesan sesuatu daripada menu hidangan yang anda tahu, makan dan bayar. Sekarang bayangkan pula, selepas sesat ketika satu pendakian, anda menjumpai, dalam keadaan yang lapar, sebuah kampung di Amazon. Masyarakat setempat tidak dapat langsung memahami anda. Anda membuat isyarat sedang menguyah yang mereka salah tafsir sebagai bahasa kuno anda. Apabila anda mengangkat tangan menandakan anda mengalah, mereka sangka anda ingin melancarkan suatu serangan. Berhubung tanpa konteks yang sama adalah sukar. Sebagai contoh, kawasan radioaktif harus dibiarkan tanpa gangguan untuk puluhan ribu tahun; namun, dengan bahasa Inggeris sendiri yang seribu tahun lalu pun tidak dapat difahami oleh rata-rata penuturnya masa kini, badan-badan bertanggungjawab bertungkus lumus untuk mencipta amaran-amaran yang diletakkan bersama bahan buangan nuklear. Ahli-ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab telah menghasilkan pelbagai cara termasuklah cerucuk konkrit yang mencuar tinggi, lukisan “The Scream” oleh Edvard Munch dan juga pokok-pokok yang diubah secara genetik untuk menjadi biru yang kelihatan berbahaya. Tiada satu cara yang dapat dijamin bertahan di masa depan. Sebahagian daripada mereka yang terlibat untuk menghasilkan pesanan-pesanan di tapak buangan ini juga terlibat dalam satu cabaran yang lebih besar: berhubung dengan makhluk asing. Hal inilah yang menjadi tema “Extraterrestrial Languages”, sebuah buku baharu oleh Daniel Oberhaus, seorang wartawan bekerja di Wired. Tidak kita tahu cara makhluk asing terima maklumat. Sepasang plak dihantar pada awal 1970-an menggunakan Pioneer 10 dan 11, dua kapal angkasa, yang menunjukkan manusia dalam berkeadaan bogel dan peta kasar untuk mencari bumi—perkara yang asas, namun hal yang demikian juga masih menganggap makhluk asing dapat melihat. Memandangkan kapal angkasa yang sedemikian tidak punyai peluang melainkan sangat sedikit untuk ditemui, siaran radio dari Bumi, dengan kelajuan selaju cahaya, lebih berpeluang untuk berhubung. Namun seperti radio di bumi mesti ditalakan pada frekuensi yang sama, begitu jugalah halnya dengan radio antara najam. Plak Pioneer memberi isyarat dalam bentuk rajah asas atom hidrogen, yang kekutuban magnetnya bertukar pada selang yang nalar, dengan frekuensi 1420MHz. Memandangkan hidrogen ialah elemen yang paling banyak dalam alam, diharapkan lakaran ini boleh dijadikan seperti nombor telefon. | Entry #31292 — Discuss 0 — Variant: Malaysianmalamay
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 1.50 | 1.33 (3 ratings) | 1.67 (3 ratings) |
- 1 user entered 3 "dislike" tags
- 1 user disagreed with "dislikes" (1 total disagree)
-1 1 seorang wartawan bekerja | Omission seorang wartawan yang bekerja | mardia | |
terima | Other Add the suffix as in 'menerima' to make it sound better and formal | mardia No agrees/disagrees | |
dalam berkeadaan | Other Use either 'dalam keadaan' or 'berkeadaan', not both | mardia No agrees/disagrees | |
| Bayangkan diri anda sedang menikmati juadah di salah sebuah bandar di Eropah yang menggunakan bahasa pertuturan yang anda sendiri tidak tahu. Seorang pelayan di situ bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi entah bagaimana, anda berjaya memesan, makan dan membayar sesebuah hidangan yang tertera di dalam menu. Sekarang bayangkan pula, selepas sesebuah pengembaraan anda tidak berjalan seperti yang dirancangkan, anda tersesat ke sebuah perkampungan amazon dalam keadaan yang sangat lapar. Penduduk kampung di situ berasa aneh dengan kehadiran anda. Ditambah pula dengan suara anda yang tidak jelas membuatkan mereka salah sangka terhadap bahasa pertuturan anda. Apabila anda mengangkat tangan bagi menandakan bahawa anda menyerah diri, mereka menyangka anda mahu menyerang pula. Komunikasi tanpa konteks yang boleh dikongsi adalah sangat sukar. Sebagai contoh, kawasan yang terkesan dengan sinaran radioaktif perlu ditinggalkan tanpa sebarang gangguan selama puluhan ribu tahun; tetapi, oleh kerana bahasa pertuturan manusia 1,000 tahun lalu tidak mampu dikuasai oleh kebanyakan manusia zaman kini, pelbagai agensi terpaksa bersusah payah mengeluarkan amaran begitu juga dengan sisa buangan nuklear. Pihak-pihak yang bertanggungjawab telah melakukan pelbagai cara dari membangunkan dinding konkrit, sehinggalah ke penghasilan lukisan "The Scream" oleh Edvard Munch, malah menanam tanaman yang telah diubah secara genetik bagi menyelesaikan masalah ini. Tetapi malangnya tiada satu pun cara yang berhasil. Terdapat juga sesetengah orang yang bertanggungjawab menyampaikan mesej mengenai tapak sisa buangan ini juga telah menghadapai cabaran yang lebih besar: iaitu terpaksa berkomunikasi dengan hidupan ekstraterestrial. Ianya merupakan subjek "Bahasa Ekstraterestrial", sebuah buku baru yang dikarang oleh Daniel Oberhaus, seorang pengarang majalah Wired. | Entry #31219 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 1.33 | 1.33 (3 ratings) | 1.33 (3 ratings) |
- 1 user entered 7 "dislike" tags
membayar sesebuah hidangan | Other membayar untuk suatu hidangan | mardia No agrees/disagrees | |
amazon | Spelling Amazon - a proper noun should start with an upper case | mardia No agrees/disagrees | |
suara anda yang tidak jelas | Mistranslations | mardia No agrees/disagrees | |
oleh kerana | | mardia No agrees/disagrees | |
tidak mampu dikuasai | Mistranslations | mardia No agrees/disagrees | |
Tetapi malangnya tiada satu pun cara yang berhasil. | Mistranslations | mardia No agrees/disagrees | |
menghadapai | Spelling Should be 'menghadapi' | mardia No agrees/disagrees | |
| Bayangkan kamu yang langsung tidak memahami bahasa tempatan sedang makan malam disebuah ibu negara Eropah. Pelayannya sedikit sekali berbahasa Inggeris, namun usaha sedaya upayamu berjaya memesan hidanganyang dikenali, memakan dan membuat pembayaran. Disebalik itu bayangkan pula kini, setelah suatu pendakian yang kecundang, kamu munculkelaparandidalam ssebuah perkampungan Amazon. Orang orang disitu tercengang kehairanan. Kamu meniru-niru bunyi kunyahan, yang disalah anggap sebagai bahasa primitifmu. Bila kamu mnegakat tangan tanda menyerah, disangka kamu melancarkan serangan. Komunikasi tanpa perkongsian konteks adalah sukar. Sebagai contoh, tapak tapak radioaktif mesti ditinggalkan tanpa gangguan selama puluh ribuan tahun: namun bahasa Inggeris dalam masa kurang 1,000 tahun sahaja sudah tidak difahami oleh penutur modennya ketika ini, agensi agensi telah bertungkus lumus menghasilkan kata kata amaran untuk sisa nukler. Jawatan kuasa bertanggung jawab menghasilkan pelbagai cara daripada bangunan bangunan konkrit tinggi mencacak ke hasil karya Edward Munch, "The Scream", hinggalah kepada pepohonan diubahsuai secara genetik yang bertukar biru menggerunkan. Tiada satu pun amaran yang kalis masa hadapan. Mereka yang sama yang pernah bekerja menyediakan mesej untuk tapak tapak sisa ini adalah sebahagian daripada cabaran yang lebih besar: komunikasi dengan hidupan luar angkasa. Ini adalah subjek bagi "Extraterrestrial Languages' (Bahasa Luar Angkasa), sebuah buku baharu oleh Daniel Oberhaus, seorang wartawan di"Wired'. Tiada yang diketahui tnetang bagaimana mahluk luar angkasa menerima maklumat. Sepasang plak - barangan asas mempamerkan manusia telanjang dan peta arah ke Bumi telah dihantar bersama Pioneer 10 dan 11, dua kapal angkasa, pada awal 1970an. Namun ini juga mengandaikan bahawa mahluk asing boleh melihat. Sedangkan kapal seperti itu amat sedikit sekali kebarangkalian untuk ditemui, malah siaran radio dari Bumi yang bergerak sepantas cahaya, lebih berpeluang untuk berhubung. Seperti juga radio luar angkasa yang mesti ditala pada frekuensi yang tepat, begitulah juga jenis radio antara bintang. Bagaimana mahluk asing boleh menjumpai yang tepat? Plak pada Pioneer memberi petunjuk dalam bentuk diagram asas atom hidrogen, ayng mana kekutuban magnetiknya berpusing pada penjarakkan masa yang sama, dengan frekuensi 1,420MHz. Oleh sebab hidrogen adalah elemen paling banyak dialam semesta, adalah diharapakan lakaran ini kan bertindak seperti sejenis nombor telefon. | Entry #31081 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
0 | 0 | 0 | 0 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 1.00 | 1.00 (3 ratings) | 1.00 (3 ratings) |
- 1 user entered 1 "like" tag
Oleh sebab | Other Great to see this instead of 'oleh kerana' which is wrong | mardia No agrees/disagrees | |
- 1 user entered 16 "dislike" tags
- 1 user disagreed with "dislikes" (2 total disagrees)
-1 1 kamu | Other You = 'anda' or 'kamu' but 'kamu' is inappropriate here. Normally used by a person with higher authority/age to someone lower. Not from an author to his readernt | mardia | |
-1 1 Disebalik | Spelling Di sebalik | mardia | |
munculkelaparandidalam ssebuah | Other Formatting: muncul kelaparan di sebuah | mardia No agrees/disagrees | |
disitu | Spelling di situ | mardia No agrees/disagrees | |
mnegakat | Spelling mengangkat | mardia No agrees/disagrees | |
kata kata | Spelling kata-kata | mardia No agrees/disagrees | |
nukler | Spelling nuklear | mardia No agrees/disagrees | |
Jawatan kuasa bertanggung jawab | Spelling Jawatankuasa bertanggungjawab | mardia No agrees/disagrees | |
bangunan bangunan | Spelling bangunan-bangunan | mardia No agrees/disagrees | |
diubahsuai | Spelling diubah suai | mardia No agrees/disagrees | |
di"Wired' | Grammar errors di Wired, but it is better of we qualify Wired - 'majalah Wired' | mardia No agrees/disagrees | |
tnetang | Spelling tentang | mardia No agrees/disagrees | |
1970an | Spelling 1970-an | mardia No agrees/disagrees | |
ayng | Spelling yang | mardia No agrees/disagrees | |
penjarakkan | Spelling penjarakan | mardia No agrees/disagrees | |
diharapakan | Spelling diharapkan | mardia No agrees/disagrees | |
| | | | | X Sign in to your ProZ.com account... | | | | | | ProZ.com translation contestsProZ.com translation contests offer a fun way to take a break from your normal routine while testing and honing your skills with fellow translators.
ProZ.com Translation Contests. Patent pending. |