Imagine dining in a European capital where you do not know the local language. The waiter speaks little English, but by hook or by crook you manage to order something on the menu that you recognise, eat and pay for. Now picture instead that, after a hike goes wrong, you emerge, starving, in an Amazonian village. The people there have no idea what to make of you. You mime chewing sounds, which they mistake for your primitive tongue. When you raise your hands to signify surrender, they think you are launching an attack.
Communicating without a shared context is hard. For example, radioactive sites must be left undisturbed for tens of thousands of years; yet, given that the English of just 1,000 years ago is now unintelligible to most of its modern speakers, agencies have struggled to create warnings to accompany nuclear waste. Committees responsible for doing so have come up with everything from towering concrete spikes, to Edvard Munch’s “The Scream”, to plants genetically modified to turn an alarming blue. None is guaranteed to be future-proof.
Some of the same people who worked on these waste-site messages have also been part of an even bigger challenge: communicating with extraterrestrial life. This is the subject of “Extraterrestrial Languages”, a new book by Daniel Oberhaus, a journalist at Wired.
Nothing is known about how extraterrestrials might take in information. A pair of plaques sent in the early 1970s with Pioneer 10 and 11, two spacecraft, show nude human beings and a rough map to find Earth—rudimentary stuff, but even that assumes aliens can see. Since such craft have no more than an infinitesimal chance of being found, radio broadcasts from Earth, travelling at the speed of light, are more likely to make contact. But just as a terrestrial radio must be tuned to the right frequency, so must the interstellar kind. How would aliens happen upon the correct one? The Pioneer plaque gives a hint in the form of a basic diagram of a hydrogen atom, the magnetic polarity of which flips at regular intervals, with a frequency of 1,420MHz. Since hydrogen is the most abundant element in the universe, the hope is that this sketch might act as a sort of telephone number. | Bayangkan anda sedang menjamu selera di sebuah ibu kota benua Eropah di mana anda tidak tahu bahasa tempatannya. Pelayan anda mampu bertutur sedikit bahasa Inggeris, namun dengan apa cara sekalipun anda berjaya untuk memesan sesuatu pada menu yang anda cam, makan dan bayar. Sekarang gambarkan pula bahawa, setelah satu pendakian tersalah langkah, anda tiba, kebuluran, di satu kampung di Amazon. Penduduk di situ langsung tidak tahu apa-apa tentang anda. Apabila anda membuat suara mengunyah, mereka sangkakan itu bahasa primitif anda. Apabila anda mengangkat kedua-dua belah tangan untuk menandakan anda menyerah kalah, mereka sangkakan anda ingin memulakan serangan. Berkomunikasi tanpa konteks yang dikongsi bersama adalah sukar. Sebagai contoh, kawasan radioaktif mestilah dibiarkan tanpa diganggu selama berpuluh-puluh ribu tahun; namun, mengambil kira bahawa Bahasa Inggeris pada 1,000 tahun lalu kini tidak boleh difahami oleh kebanyakan penutur moden, agensi-agensi telah mati akal untuk membuat papan tanda amaran mengiringi sisa nuklear. Jawatankuasa-jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk berbuat begitu telah tampil dengan pelbagai cara daripada pancang-pancang konkrit yang tinggi, hingga lukisan "The Scream" karya Edvard Munch, dan juga tumbuhan yang diubah suai genetiknya untuk berubah ke warna biru yang mencemaskan. Tiada yang dijamin kental untuk masa hadapan. Sesetengah daripada mereka yang bekerja membuat papan tanda kawasan sisa nuklear juga telah terlibat dengan cabaran yang lebih besar: berkomunikasi dengan makhluk asing. Ini adalah subjek dalam "Extraterrestrial Languages", satu buku baharu oleh Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tiada apa yang diketahui tentang bagaimana makhluk asing menerima maklumat. Sepasang plak yang dihantar pada awal tahun 1970-an bersama dua kapal angkasa lepas, Pioneer 10 dan 11, menunjukkan gambar manusia-manusia yang berada dalam keadaan bogel dan peta ringkas untuk mencari Bumi - perkara asas, namun itupun mengandaikan bahawa makhluk asing boleh melihat. Memandangkan kapal sebegitu mempunyai kebarangkalian yang amat kecil untuk ditemui, siaran-siaran radio dari Bumi, yang bergerak pada kelajuan cahaya, lebih mudah untuk membuat hubungan. Tetapi sebagaimana radio bumi mesti dilaraskan pada frekuensi yang betul, begitu juga untuk radio angkasa lepas. Bagaimana untuk makhluk asing bertembung dengan siaran yang betul? Plak di Pioneer memberi bayangan dalam bentuk rajah asas atom hidrogen, yang mana kekutuban magnetiknya berbalik mengikut selang masa yang tetap, dengan frekuensi 1,420MHz. Memandangkan hidrogen adalah unsur yang paling banyak dalam alam semesta, harapannya adalah lakaran ini berperanan sebagai sejenis nombor telefon. |